bebas daripada Talasemia
Thursday, February 2, 2012 • 2/02/2012 10:19:00 AM • 0 comments Assalamualaikum W.B.T Pagi2 teruja nak cerita mengenai Talesmia... Alhamdulilah setelah melalui ujian darah pagi tadi, hasilnya cik Tuan Blog bebas daripada menjadi pembawa Talasemia... he he he... al-maklumlah, mama pembawa Talasemia tapi nasib kahwin dengan abah yang elok+segar2... tapi setakat ini pembawa dalam keluarga mama dan Ilyas... dulu punya risau kalau cik tuan blog pembawa, kena cari suami yang bebas talasemia... tapi sekarang, tak payah nak risau bagai... senyum meleretlah bila dapat keputusan ujian... mamalah yang ambil darah... menjerit2 bagai cik Tuan Blog...tapi bila siap, tak sakitlah pula... he he he! (sejak azali memang mama yang suntik dan ambil darah bagai walaupun dekat hospital... mama ambil memang tak sakit, siap boleh main2 lagi... kalau dekat klinik, mama cerita ramai yang kenal nak mama suntikkan baby mereka sebab gerentylah tak ada kesan bengkak dekat baby...) sebotol kecil ni je yang ambilnya... kemudian letak dalam mesin, keputusan tak sampai 5 minit siap... hendak tahu lebih lanjut mengenai talesmia? rajin2lah guna pak cik GOOGLE... tapi rasa2nya mesti tak berapa nak rajin... jadi cik Tuan Blog copy and paste lebih2 kurang... Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita. Bagaimana Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia. Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar. Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal. untuk bacaan selanjutnya di sini ha... tak ke bahaya penyakit ni? bahayalah weh! walaupun cik Tuan Blog tak tulis secara terperinci sangat... boleh bawa maut talasemia ni... jangan tak percaya pula... sebab itulah sekarang pasangan yang berkahwin digalakkan buat ujian ini selain HIV... tapi, oleh sebab cik Tuan blog sudah buat ujian ni, sekarang boleh bernafas lega nak cari calon suami, sebab cik Tuan Blog dah bebas daripada Talasemia! hoorey! bisik-bisik: sibuk menaip panjang nak rak! rupa2nya tak pergi menjemur baju dan memasak lagi... tapi hari ni, jadual padat sampai ke petang... jangan pengsan sudah... he he he! payah kalau jadi bibik dan drebar ni... hu hu hu! ok lol... lain kali pula nak berceloteh... Labels: aku.., i...begin....from 1 step...to 1.2.3 step..hahaha |
Hello;
![]() Music peak
Shout !
Memory
Big Clap!
![]() |