A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
cuti vs kerja
Wednesday, August 8, 2012 • 8/08/2012 02:13:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T
pergh... punya lama tak update entry blog... ada je cerita tapi keadaan tak bagi peluang nak ngadap lama2 PC... lagipun memang sangat2 malas... bercuti? bulan puasa? wa... cik Tuan blog tak goyang kaki cuti semester kali ni... itu yang pasti. jeng... jeng!

jom senaraikan apa yang Cik Tuan Blog buat:
..
.....
........
1. menjadi bibik di rumah
p/s: rumah semua dah siap kemas... kerusi? 4,5 kali tukar kedudukan... he he he!

2.menjadi driver mama dan tasya
p/s: memang sejak azali kena menghantar kalau bercuti...

3.#menolong wan itam menyiapkan bahan buat sate dan mengoreng kacang#
p/s: due date sampai hari khamis depan dengan bergaji ok!

4. #menjahit... perancangan nak jahit manik, alih2 Cik Idah mintak tolong 'Jahit Sembat'#
p/s: takat ni dah 29 helai baju siap dijahit... tapi minggu ni minggu terakhir ambil tempahan! berupah rm5 sehelai...Yes! mampu?

5. #pembuat gubahan hantaran tunang long#
p/s: tetiba teruja nak buat... cantik? kalau orang tengok mesti kata buruk! pertama kali buat dan langsung tak ada pengalaman dengan benda alah ni... kalau orang kutuk memang nak kena cepuklah!

sekejap! nak selit sekeping gambar kuno ke-21 !

punya teruja dapat bunga rose long bawa balik... lama gila mengidam, akhir dapat juga!

puasa yang ke-19 baru update entry... punya lama menyepi... nasib hari ni cuti dari segala2nya... 
p/s: sebab cuti hari ni siap buat puding prune with strawberi berkuah (nama letak sendiri) he he he!
ok! nak sambung jahit manik baju mama, cuti2 ni jela sempat nak menjahit manik... wink.. wink! esok kerja semula!

bisik-bisik:
berapa pasang baju raya? tema warna apa? cik Tuan blog? TUNGGU! Ha ha ha! ops! puasa cukup ke? jeng... jeng jeng!

Labels: , ,


Kajian Lapangan Kami ke Masjid Besi
Friday, March 30, 2012 • 3/30/2012 11:21:00 PM • 0 comments

Assalamualaikum W.B.T
Tengah tercunggap ditambahkan duduk mengelat sekejap dari buat assigment dengan bebudak2 ni... ha ha ha... dan pula nak update blog yang rasa perlu dan wajib untuk sekian lamanya... maaf ya kawan2ku sekalian... tapi mesti korang bahagia ditambah senyum menyeringai duk tengok gambar2 korang nanti... he he he...
ops... sekarang nak bercerita mengenai kajian lapangan TITAS yang kami pilih iaitu di Masjid Besi aka Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin... he he he... gigih kami berlima guna servis penghantaran kereta RM15 gara2 nak pergi tempat ni, tapi alih2 balik dah dekat ALAMANDA (pandai lak naik bus nadi Putra)... tapi nak balik UPM kena RM12 dari situ... jimat sikit...
ok, tengok jela gambar... Alhamdulilah semuanya selesai walaupun tempohnya dalam sejam je pusing2 Masjid dan temubual pegawai terlibat...

mula2 datang bergaya sakan bergambar... lagi2 cikainpipitembam yang beli skirt baru gara2 nak pergi Masjid... ayu je budak sorang ni... Amira pula, siap beli tudung baru lagi... gaya tudung terbaru katakan... SELAMAT juga sampai Masjid pada jam 11.00 pagi...

pintu masuk... nice picture...

sesi menemuramah Pegawai...


kami nak balik dah... seronoknya... jam 12.00 balik sebelum solat Jumaat. Bye2
(ok sambung bebudak2 ni buat assigment)
p/s: maafkan saya kawan2... curi2 tulis blog kesayangan

bisik-bisik:
lega 1 assigment kumpulan sudah siap... mood nak balik rumah tengah menebal gara2 minggu depan bermulanya cuti Midsem...

Labels: , ,


menyesal tak sudah, gara2 cuai...
Friday, March 9, 2012 • 3/09/2012 07:32:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T
Patut cik Tuan Blog rasa ada je benda belum tepek dalam blog... rupanya termiss 1 cerita yang begitu tragis yang memang serik buat kali ini... ha ha ha!.. cukuplah sekali ni je berlaku... alahai, cik Tuan Blog hilang kad matrik minggu lepas... gara2 kehilangan tesebut, jadi risau semacam nak gerak ke mana2... lagi2 bila pak cik bus sibuk duk check kad matrik sebelum naik bus... esoknya terus lapor kat keselamatan... tapi kena tunggu seminggu baru boleh buat baru... kot2 ada yang bermurah hati nak pulangkan kad matrik yang tercicir tu... alang2 tu, siap iklankan dekat FACEBOOK lagi, kot2 ada yang ternampak....

cik AIN TAHAM punya kerjalah ni, siap letak dekat Facebook... kelas petang tu duk buat benda alah ni lah!...cik Tuan Blog bagi cadangan, dia laju je melukis... ha ha ha! nampak sangat tak tumpu perhatian dalam kelaskan? ha ha ha...

tapi apa2 pun alhamdulilah hari isnin minggu ni, semua dah selesai... beratur panjang yang tak pernah dibuat orang tunggu giliran dekat nombor yang ke 1385 dari 1129 dekat kaunter bendahari gara2 nak bayar RM30.00 untuk buat kad matrik baru... dari jam 11.00 sampai jam 1.30 petang baru siap... jenuh! nasib masa nak buat kad matrik dalam 10 minit je, dah siap... ha ha ha! apa2 pun cik Tuan Blog dah ada kad matrik baru yang berharga RM30.00... sumpah jaga baik2 dan tatang macam minyak yang penuh lepas ni... serik nak pergi beratur panjang...

bisik-bisik:
rindunya dekat ahli keluarga... walaupun kelas sampai khamis je... tapi tetap tak boleh balik sebab ada amali aka latihan MTSR setiap hari ahad... wa! wa! wa! menangis tak berlagulah jawapnya gini... abah, mama... datanglah melawat anakmu ini... huk... huk... huk...


Labels: , ,


majlis "SECANGKIR MEMORI LAMBAIAN DESA"
Monday, March 5, 2012 • 3/05/2012 10:02:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T
Kepada sesiapa yang membaca dan tersilap terjah cik Tuan Blog punya sarang cerita... ha ha ha! agak2nyalah tak dan nak bersawang blog ni, dah ada entry baru walaupun agak lama menyepi... al-maklumlah masuk semester yang ke-4, 2 minggu lepas memang sibuk memanjang siang malam... sampai ada yang tak reti2 bahasa untuk memahami keadaan cik Tuan blog... mana taknya... 8 hari sebelum malam DINNER kelab PBMP kami, dapat tahu kena buat persembahan tarian... alih2 kena join... gigihlah berlatih... tapi dan 4 kali je latihan... buat tarian inang... nasib fatina pandai nari, jenuh juga dia ajar kami berempat yang memang macam kayu ni... ok2, teruskan dengan gambar, baru faham... karang membebel pun, bukan dibacanya! hu hu hu!

nak tahu tema ke? tempat ke?... baca dan tengok jela gambar yang kat atas ni... ha ha ha! semuanya tertulis...

ok our team menari yang bajunya dipinjam dengan koko butik... rm50 sepasang... nasib kelas bagi sponsor... dan nasib step2 yang fatina ajar senang je walaupun payah untuk diikut sebab lambat pickup! ha ha ha!

bersama2 3 sahabatku dan rakan2 menari...

terima kasih kepada fatan untuk gambar ni...love it! dan fatina untuk solekan cik Tuan Blog...

meroyan dalam lif sebelum balik... tapi ain taham yang konker gambar ni... ha ha ha!

kesimpulannya, majlis malam tu memang gempak habis... persembahan pun best2... makanan? tak payah cakaplah... sebab memang lazat... siap ada untuk tapau balik dalam goodies beg... gambar lain? tak ada ke? kot 5 keping je? ops... memang cik Tuan blog ni suka letak gambar2 yang ada kaitan dengan mukanya sahaja... harap maklum ye... lagi pun tak berapa rajin nak letak banyak2... bukan orang nak tengok pun... cukuplah sekadar tatapan diri sendiri...

bisik-bisik:
sekarang cik Tuan blog nak praktis menari hari2... 2 minggu nari yang 4 kali tu, hilang 2 kg berat... memang memenatkan, tapi hasilnya memuaskan... untuk pengetahuan orang yang nak tahu jela, cik Tuan Blog akan menari lagi untuk MTSR " Hikayat Selangor" untuk subjek kesusasteraan Melayu... tapi tak pasti antara tarian india atau jawa... ok, saya memang sibuk semester ni... harap ORANG2 yang tak reti nak faham kesibukan saya dan bebudak PBMP itu FAHAM! jangan nak hukum dan bising tak bertempat! titik!

Labels: ,


bebas daripada Talasemia
Thursday, February 2, 2012 • 2/02/2012 10:19:00 AM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T

Pagi2 teruja nak cerita mengenai Talesmia... Alhamdulilah setelah melalui ujian darah pagi tadi, hasilnya cik Tuan Blog bebas daripada menjadi pembawa Talasemia... he he he... al-maklumlah, mama pembawa Talasemia tapi nasib kahwin dengan abah yang elok+segar2... tapi setakat ini pembawa dalam keluarga mama dan Ilyas... dulu punya risau kalau cik tuan blog pembawa, kena cari suami yang bebas talasemia... tapi sekarang, tak payah nak risau bagai... senyum meleretlah bila dapat keputusan ujian...

mamalah yang ambil darah... menjerit2 bagai cik Tuan Blog...tapi bila siap, tak sakitlah pula... he he he! (sejak azali memang mama yang suntik dan ambil darah bagai walaupun dekat hospital... mama ambil memang tak sakit, siap boleh main2 lagi... kalau dekat klinik, mama cerita ramai yang kenal nak mama suntikkan baby mereka sebab gerentylah tak ada kesan bengkak dekat baby...)

sebotol kecil ni je yang ambilnya... kemudian letak dalam mesin, keputusan tak sampai 5 minit siap...

hendak tahu lebih lanjut mengenai talesmia? rajin2lah guna pak cik GOOGLE... tapi rasa2nya mesti tak berapa nak rajin... jadi cik Tuan Blog copy and paste lebih2 kurang...

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.

untuk bacaan selanjutnya di sini

ha... tak ke bahaya penyakit ni? bahayalah weh! walaupun cik Tuan Blog tak tulis secara terperinci sangat... boleh bawa maut talasemia ni... jangan tak percaya pula... sebab itulah sekarang pasangan yang berkahwin digalakkan buat ujian ini selain HIV... tapi, oleh sebab cik Tuan blog sudah buat ujian ni, sekarang boleh bernafas lega nak cari calon suami, sebab cik Tuan Blog dah bebas daripada Talasemia! hoorey!

bisik-bisik:

sibuk menaip panjang nak rak! rupa2nya tak pergi menjemur baju dan memasak lagi... tapi hari ni, jadual padat sampai ke petang... jangan pengsan sudah... he he he! payah kalau jadi bibik dan drebar ni... hu hu hu! ok lol... lain kali pula nak berceloteh...


Labels: ,


renovate blog siap!
Tuesday, January 31, 2012 • 1/31/2012 12:57:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T

Bersaksikan anak2 kucing, matahari yang tengah terpacak, ikan seekor dalam akuarium dan tak lupa juga pokok2 bunga dalam rumah yang menjalar segar... akhirnya lengkaplah blog yang tak habis2 di renovate sejak bulan 12 baru2 ni yang tergendala tak sudah2... gigih cik Tuan blog edit header yang lebih matang (kononnya!) ikut ciri2 yang menjadi idaman hati sejak 2minggu lepas... ingatkan syakila nak tolong... alih2 tak pun! eish, setelah berusaha 2 hari guna photoshop dan photoscape, akhirnya Cik Tuan blog boleh tersengih memanjang... permulaan yang baik... amin...

kesimpulannya, menjelang 2012 yang hampir sebulan berlalu... akhirnya blogku ini berjaya diubah lebih sesuai dengan umurku sekarang... kalau tak ada pembaca sekalipun... cik tuan blog tak kisah! ha ha ha! (dalam hati punya berharap ada orang jenguk2 blog ni!)

bisik-bisik:
semalam kejadian tak diingini telah berlaku antara ibu kucing, bapak kucing yang jahat! dan mangsa kejadian iaitu anak2 kucing yang berumur 2 minggu... sampai2 seekor anak kucing lembik dikerjakan bapak tu! nasib ibu dia selamatkan... tapi tengok pagi tadi macam dah tak bernyawa... tunggu mama balikkah sahkan... he he he! al-maklumlah, cik Tuan blog ni bapak penakut nak pegang kucing... semalam masa nak pindahkan anak2 dalam kotak, berdebar2, siap menggigil tangan bagai padahal siap pakai kain buruk nak pegang... alahai, tahap ketakutanku terhadap binatang bernama anak kucing yang masih kecil masih tak boleh dibendung... tahu2 pagi tadi ibunya dah letak anak2nya sendiri dekat depan rumah...

Labels: ,


selamat bercuti semester 3 Cik Tuan Blog
Sunday, January 15, 2012 • 1/15/2012 09:28:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T... warga blog2 sekalian...

ALHAMDULILAH...
selesai sudah semua kertas untuk subjek semester 3... sekarang mengigil tunggu keputusan dan seterusnya beralih ke semester 4... sekejap je masa berlalu kan? tahu2 dah cuti...

sekejap... CUTI? oit...ya ampun... memang cutilah... memang sesuatu yang ditunggu2... ha ha ha! apa nak buat ek? ops... macam2 dah rancang... harap2 tak ada orang buat spoil rancang cik Tuan Blog! he he he! baca novel, tengok korea yang penting, memasak, kemas rumah... dan yang paling penting mesti jadi bibik dekat rumah dan drebar sementara memang tak ada orang dekat rumah... tinggal kami berempat je... he he he! jadi anak manja jap. seronok betul! hoorey! sambil kaki goyang2 tarik nafas panjang2 lepas tu semput tak sudah2... he he he!

gambar untuk simpanan blogku... hari2 yang indah... pergi sunway dengan Ridhuan Sahri, adikku Ilyas dan tak lupa Si Iqbal... tidur dekat vistana malam tu tiba2 abah suruh datang dan tadi dapat shoping sakan dengan mama dekat sogo... jeng...jeng...jeng... FULLSTOP!

Bisik-bisik:
teruja balik rumah... tengah kumpul tenaga untuk mengemas rumah yang macam tongkang pecah... he he he! tapi apa2 pun Tuan Blog amat suka untuk mengemas... sebab boleh bersenam... Yes! Yes! Yes!

Labels: ,


Makeup dan Bergambar Sakan
Sunday, January 8, 2012 • 1/08/2012 03:12:00 PM • 2 comments
Assalamualaikum W.B.T
Tak sampai 30 minit post entry baru, ada lagi entry berikutnya... al-maklumlah cuti2 hari ahad macam ni, mana ada buat apa2... kertas prosa 14.1.2012 sabtu depan... jadi gigihlah Tuan Blog mengadap notebook kesayangan mengupdate entry2...

Terima kasih tidak terhingga kepada Fatina sebab tolong layan Tuan Blog yang tiba2 terasa relesase tension boloh hilang bila kena makeup... habis2 kertas, pergi makan... gara2 nak ambil novel MY LOVE PLAYGIRL karya siti NURDHUHA... menapak sekejap di Kolej Kelima... tapi lain yang jadinya bila tiba2 mood bersolek datang gara2 Florenceny tunjuk makeup baru dia... mula2 teruja nak makeup Fatina, habis muka dia disental2... tapi tak cantik, alih2 dia yang makeup Tuan Blog...

tengok Fatina makeup dari mata sampai hidung Tuan blog pun dimakeup... mancung habis...

Hasil karya Fatina anak Nodi
gambar yang ditangkap sendiri... sangat2 perasan bila bergambar...
ops... sebenarnya, Fatina siap buat rambut bagai... ala2 perempuan melayu terakhir bila pakai rambut palsu... jeng2... berposing2 bagai... tapi memamg tak diupload... ini je simpanan untuk blogku... karang letak gambar pelik2 kena gosip... (bajet artis terkenal)

hampir 2 jam di bilik mereka... Ain Taham pun kena tempias disolek... he he he!

bisik-bisik:
semalam Tuan Blog gigih baca novel dari 10.00 malam sampai 5.00 pagi... memang terbaiklah novel MY LOVE PLAYGIRL karya SITI NURDHUHA kali ini... memang tak rugi kalau baca... tidur sampai pukul 12.00... anak dara apalah perangai ginikan? he he he!

Labels: ,


Gara2 meditasi
Thursday, December 15, 2011 • 12/15/2011 10:10:00 PM • 0 comments
assalamualaikum...
motif sememangnya tidak dikenalpasti...
jeng...jeng..jeng...
......
.....
...
...

motif letak gambar... bermeditasi konon bila Prof tak masuk lagi...

setelah memikirkan berkali2 akhirnya tuan blog aktifkan semula FB gara2 banyak ketinggalan isu2 penting... JENUH nak fikir dalam2... tapi aktif semula, harap2 tak membiarkan blog kesayanganku takat ini bersawang macam syiling dekat rumah... hehehehe (motif memang pemalas punya syakila! malas nak mengemas! harap kena ada akaknya yang rajin terlebih balik rumah baru nampak gaya rumah)

meditasi sambil belajar tarian mudah2 dengan TINA... motif sememangnya nak kurus katakan... 5 kilo lagi... jenuh nak kecilkan semua bahagian yang lemak2 mampat! huhuhuhu... sekarang kurang 8 kilo daripada berat selepas cuti 4 bulan... tapi berat sekarang cukup normal dari berat biasa, cuma target 50 kilo dalam proses...

jadi, kalau tiba2 tengok TUAN BLOG tengah menari2 hayun2 tangan tu jangan pelik pula ek?... dan 1 lagi, selain TUAN BLOG duk sibuk nak kuruskan badan, sibuk juga nak jaga kulit... haruslah... ambil SHAKLEE trial pack set D ada vitamin A,C dan E... yum2... harap2 berkesan dan dapat kesan yang positif untuk masa yang terdekat ini... tiba2 rasa nak jadi cover majalah, gitulah perasan gayanya zulaikha fozilan ek? (ada kau kisah? aku pun tak kisah ok!)

bisik-bisik:
seminggu lagi nak habis minggu kuliah, kemudian cuti ulangkaji dan peperiksaan berlangsung! lepas tu? mestilah cutikan? hhahaha... 1 bulan... hoorey!!! ok... kepada syakila Fozilan yang mengetag post... saya memang malas nak jawap soalan2 tu!!! wekkk!!!

Labels: ,


JOM Heboh katanya...
Monday, December 5, 2011 • 12/05/2011 05:12:00 PM • 0 comments
assalamualaikum.... akhirnya dapat juga gambar yang 2 hari lepas yang terperap untuk di post... hehehe.. siapku edit2+tacap2 ala2 DSLR katanya... sudah2, mari terus tengok gambar secara dekat dan bercerita secara pendek2... al-maklumlah kemalasan melanda diriku...
jom2.. zoom.... jeng2...
....
...
..

mula2 datang berdua dengan wani.. alih2 masa tunggu bas jumpa geng2 PBMP... dari 2 orang, jadi 11 orang... hehehe... apa lagi, sementara tunggu bas komuter bergambarlah jawabnya...

gila kamera...

tengok... kan betul... apa2 pun mesti zulaikha fozilan aka tuan blog tidak ketinggalan... hehehe...

tunggu komuter untuk ke BTS.. adeh, lambat sungguh... 30 minit menunggu siap terlepas gara2 penuh sangat orang... tapi bergambar tidak dilepaskan.. jeng2 jeng...

sampai... tapi berpecah dengan budak2 ni.. tinggal zulaikha fozilan dan wani sahaja.. apa lagi.. menjelajah dengan payung kesayanganlah... hehehe...

tengok... tak lekang dengan payung...

gambar jun (roomate ain taham), sue dan kak dila kawan 1 blok... alih2 jumpa dia orang dah atas pentas... amboi, ambil kesempatan betul... siap kumpul hadiah bila pergi tiap booth... hehehe...

hoorey!!! jumpa booth boboiboy... teruja gila bila sampai dekat sini...

jumpa ezany.. tapi ambil gambar jauh jela.. bukan peminat fanatik pun... hehehee... padahal bila suruh wani ambil, siap cakap nanti terketar2 bila ambil.. adeh wani ni.. minat tapi boleh pula terketar2... kalau tak dapat bergambar.. nasib ezany hensem...


habis tawaf 2 pusingan , lapar kononnya... terus pergi makan dengan wani... tapi kongsi jela... dalam tempoh diet lagi... 50kg.. ingat tau!!! huhuhu

bila balik, jumpa semula... hehehe... habis budak2 borong jajan rm10... amboi2... buat kendurilah nampaknya...
hehe... nampak tak beg plastik tu... cik tuan blog beli 3 bekas pensil angry bird jela... tak ada benda nak diborongnya... huhuhu....

kesimpulannya, dari pukul 9.00 pagi dari kolej, sampai pukul 3.00 petang baru sampai kolej semula... bukan lama sebenarnya sebabnya yang lama sebab duduk menunggu bas, komuter dan LRT... adehh... memang penat tak usah ceritalah.. memang penat sangat2...

bisik-bisik:
semalam (ahad) tiba2 badan kena gatal2 siap berbintik2... entah kenapa... tapi tadi baru pergi PKU... harap2 cepat pulih... mood nak balik rumah jumaat lepas kelas Pak Omar sampai isnin nie... hoorey!!! JERANTUT saya datang.. tunggu tahu!!!

Labels: ,


sajak ketiga "Ku Pendam Jua"
Thursday, December 1, 2011 • 12/01/2011 07:01:00 PM • 0 comments
sedar tak sedar tiba2 jiwa meronta nak menulis sajak.. waktu dalam kelas amali drama pula... orang lain sibuk perah idea buat skrip, semedang je zulaikha fozilan dapat ilham... 5 minit siap tulis...heheehe... akhirnya sajak ketiga dihasilkan... apa2 pun bangga dengan diri sendiri... kalau suka komen, kalau tak suka pun boleh komen...
......
.....
....
...
..

KU PENDAM JUA

Nasib kadang-kadang datang dan pergi

Tatkala tiada siapa mampu menempisnya

Begitu juga mulut manusia yang berbisa

Pabila tohmahan sesuatu yang mudah diungkapkan

Tanpa memikirkan hati dan perasaan

Akhirnya satu hati berjaya dihancurkan.

Kenapa perlu pertikaikan apa yang dilakukan

Kalau dengki merasuk hati yang keji

Nampak sayang tetapi dendam di sanubari

Manusia sememangnya pentingkan diri kini

Akhirnya sebuah ikatan terjalin sejak azali

Berakhir tanpa ungkapan dari hati

Membawa pergi hati dengan ego yang sebati.

ZULAIHA FOZILAN (30.11,4.25 petang , DKFPP UPM)

bisik-bisik:

kadang2 ilham datang tak kira tempat walaupun bakat tidak ada, tapi masih belum terlambat untuk dipupuk... hehhee.. skema siot ayat... nak pergi makan dengan bekas teman sebilik, kak timah dengan ain taham malam ini.. teringin nak makan mihun pattaya... yum..yum.. tapi tak siap2... tunggu update blog malam nanti pula... ada cerita... (teruja menulis akhir2 ini gara2 jari runcingku yang laju menaip dan menulis...



Labels: ,


terajin post katanya...
Wednesday, November 30, 2011 • 11/30/2011 01:23:00 PM • 0 comments
alhamdulilah selesai satu beban tugasan hari ini.. lepas ini boleh tumpukan kepada membuat skrip drama pula.. alahai almaklumlah sebelum tu tiba2 hati ini sayu sangat. teringin nak berkelah di tempat yang boleh berikan ketenangan sambil makan sandwich... hehehe.. bagusnya kalau ada peneman sejati, boleh ajak bila rasa macam ini kan? tapi apa boleh buat tak ada yang sudi teman... bayangkan dalam mimpi jela nampaknya malam ini.. hehhee...

wow!!! syok gila kalau dapat bercuti dekat sini... damai dan mempesonakan... motif tak berapa nak dikenalpasti sebab menepek gambar tak ada kaitan.. hehehe...

bisik-bisik:
internet yang ciput macam kura2 menyukarkan cik tuan blog nak buat soal selidik subjek la... adeh... minggu terakhir nak kena hantar... kalau payah sangat , semua pensyarah dapat 5 atau sangat setuju jela.. huhuhu... apa2 pun memerlukan ruang untuk mencari ketenangan... Ya ALLAH permudahkan hambaMu ini dan berikan ketenangan kepadaku.. AMIN

Labels:


cuti lagi =,=
Friday, October 21, 2011 • 10/21/2011 08:48:00 PM • 0 comments
zulaikha fozilan cuti pertengahan semester!!!!
bersenang-lenang di Jerantut....
perjalanan yang lancar dengan beban2 beg yang dipikul membawa buku2 untuk assigment yang wajib hantar lepas cuti... cuti ke tak nie?..aisshhh...^.^'

apa2 pun nikmati cuti yang ada.... KALAU rajin update post2 yang tertunggak ye.. TAPI kalau rajinlah.... ^,^

bisik-bisik:
seronoknya bila berada di rumah... tapi kenapa rasa macam tak berapa nak sihat nie? mungkin gara2 tidur lewat gila untuk siapkan assigment dialek Perak Tengah semalam kottt!! cepatlah sembuh...banyak aktiviti sudah dirancang...lallala... selamat bercuti zulaikha fozilan... =,=

Labels: ,


sesungguhnya ingin berbicara
Sunday, October 2, 2011 • 10/02/2011 09:30:00 PM • 0 comments
motif!!!
sangat teringin untuk update cerita2 menarik sepanjang 3 minggu di Upm... tapi tak berdaya untuk melawan kekangan masa... hehhehe... cerita mengenai hari keluarga PBMP yang mana zulaikha fozilan sebagai pengarah program, dan hari raya fakulti yang mana zulaikha fozilan sebagai usher yang didandan oleh fatina yang memang gemar tonyoh dan sental muka2 yang tak berapa nak cantik.. dan ini sebagai tatapan... wink2...

bulu mata penyebab tak nampak sehingga terpaksa membesarkan mataku yang sedia besar..hehhee >,<

bisik-bisik:
sila tunggu entry tersebut bila cuti mid semester menjelma nanti ye... nak fokus buat assigment yang bertimbun yang tak siap2... hahha... >.<

Labels: ,


selamat berpuasa =.='
Tuesday, August 2, 2011 • 8/02/2011 12:26:00 PM • 5 comments
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN......

p/s 1: baru mood berpuasa pada hari kedua.... ops hari puasa pertama tak dapat nikmat sebab tut2... apa2 pun gembira sangat sebab kemungkinan besar ganti sehari sahaja... lallaa =.='

dan

p/s 2: cornflakes madu ditambah choclate chips pada hari raya berpuasa.. =.='.. aishh... teruja nak makan kuih raya.. tulah terus buat lepas berbuka... 1 kotak cornflakes je...yum2..


ala2 ginilah rupanya kuih jue buat.. yang beza sebab letak badam je.. jadi takdelah warna-warni gini.. coklat pun takdelah cair...masih nampak chip2nya... tapi tak letak dalam bekas cute 2 pun.. membazir jela pun..letak terus dalam bekas senang.. =.='

bisik-bisik:
terfikir2 nak masak apa untuk petang ini.. al-maklumlah hari ini hari pertama puasa..lallaa..

Labels: ,


happy birthday **zulaikha fozilan**
Saturday, June 4, 2011 • 6/04/2011 08:59:00 PM • 2 comments
hari nie 4 jun 2011 jatuh hari jadi zulaikha fozilan yang ke-21.... umurku semakin meningkat rupanya tau.... (*_^)
apa2 pun tak sambut, cuma tangkap gambar 'over' sikit sebab suka.... hahhahaa...
selamat hari jadi untukku =.=..
dan terima kasih untuk ucapan yang jue dapat hari nie dan siap ada yang nyanyi2 lagi.... itu sudah semestinya ridhuan sahri dan peminat cilikku adik tyra yang sekolah tadika tu.... siap buat video lagi.. tyra, kamu memang terbaiklah....dan untuk tatapan ramai... gambar ku....
.....
....
......
.....
....

bajet cantik.... =.='

bajet comel =.='

bajet seksi =.='

apa2 pun baju nie baru kali ke-2 pakai selepas kahwin cu aya dulu... hari nie istimewa sangat, pergi kenduri pun pakai over sikit... hehehhee... =.= dan gaya shawl nie jue suka sangat tau... bak kata due.. "cantik.." oh.. sampai sini sajalah ye... dan jue harap umur 21 nie akan jadi jue matang, cepat dapat jodoh, cemerlang dalam pelajaran, dan banyak lagilah.. kalau senarai, bosan lak siapa yang baca...ngeee...

bisik-bisik:
jue malas nak update post2 yang tertunggak tulah... rasanya tak buat apa pun kat rumah.. tapi rupanya jadi "bibik" memang tak dan nak online... kalau online pun jap je... dan jue dah dapat gaji pertama.. walaupun tak seberapa...like2... =.=

Labels: ,


minggu pertama semester 2 (*_^)
Saturday, January 8, 2011 • 1/08/2011 01:31:00 PM • 2 comments
seminggu memulakan semester 2 tahun 1 yang lebih mencabar.. assigment memang satu hal, bertimbun.. apa2 pun semester ini perlu lebih gigih untuk mendapat pointer yang lebih baik dari sebelum ini... (*_^).. subjek lebih mencabar minda.. semester ini buat kenduri puisi.. agak2 nak jemput sapa datang upm ek??? emm..ramai dah tersenarai..hahaha.. harap2 kenduri puisi yang kami akan jalankan berjaya.. apa2 pun semester ini ialah kali terakhir koko berkredit dan zulaikha fozilan telah memilih "teater dan drama pentas" yang bertempat di fakulti kejuruteraan.. jadi, setiap sabtu sila bangun seawal mungkin ye zulaikha macam hari ini untuk naik bus+tunggu bus di 2 tempat berlainan..lallaa...sebab kami amat2 gembira sepanjang minggu ini, sempatlah bergambar sakan di sekitar UPM.. jom tengok...~~~

sebelum kelas bermula sempat bergambar dulu..banyak sangat jadi upload gambar zulaikha fozilan jela...hahhaha...(*_^)

selepas kelas amali koko subjek fakulti sempat bergambar sakan disepanjang perjalanan balik kolej pula... berkat hafis bawa kamera katakan...

tengah2 simpang jalan pun sempat tahu...hehhee.. (*_^)

bisik-bisik:
alhamdulilah semester ini memperoleh pensyarah2 yang sangat2 menyeronokkan+baik gila+lucu2.. harap2 dapat ikuti semester ini dengan jayanya... doakan zulaikha fozilan ye semua... (*_^)..nanti kalau ada masa akan dapat update terkini mengenai zulaikha sepanjang semester...

p/s: cuti bulan 5 tengah dihitung2..tak sabar nak cuti 4 bulan...hahhaa..jadual upm untuk sesi depan sudah keluar ye kawan2 warga UPM.. (*_^)

Labels: , , ,


31.12.2010 semua nak cerita pendek2
Friday, December 31, 2010 • 12/31/2010 09:35:00 PM • 2 comments
assalamualaikum peminat2 setia blogku (ada ke???)
mungkin post ini adalah yang terakhir untuk akhir tahun ini...ye.. (*_^)
tapi mungkin juga lambat juga untuk zulaikha fozilan mengupdate blog untuk masa2 akan datang, sebab masa balik rumah je kerajinan untuk berblog ini berkuasa...lallalala....lagipun, waktu untuk bermulanya semester 2 bakal tiba 2 hari lagi... fokus belajarlah pula.. facebook pun tak boleh kerap macam dekat rumah =(

jadi..sempena tahun baru+hari jadi natasya hari nie 31.12.2010... zulaikha fozilan gagahkan juga untuk update... alang2 dapat gambar masa kahwin kak lin dari long...lajulah letak...

cantik kan gambar sudut nie... suka sangat2...

sebenar tak ada benda pun nak cerita..hahahaa... nie pun sibuk mengemas nak balik upm sok.. tapi sedih sebab boleh hilang sesuatu yang berwarna pink..kiihkihkih... (*_^) dan apa2 pun teruja sangat,sebab ridhuan sahri akan praktikal di UPM..... tah camne tiba2 sesat mintak dekat situ.. bila dapat tahu terkejut gila.. tapi nak buat macam mana kan...dah UPM je tempat dia praktikal yang beri respond... (*_^) harap2 mana2 pihak jangan salah faham ek... makin nak jauh...makin dekat pula... ok lah... nak sambung pencarian sesuatu yang berwarna pink..

bisik-bisik:
nak belajar rajin2.... nak jimat2 untuk semester depan... (*_^)...dan selamat tahun baru 2011... umur dah tua rupanya... (*_^) lallala...perangai maintain budak2..

Labels: ,


25 perkara mengenai zulaikha fozilan
Monday, December 27, 2010 • 12/27/2010 11:57:00 AM • 1 comments
"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "

kebosanan melampau membawaku menerjah segenap blog member2.. rupa2nyaku ditag jia dan ella tapi camnelah nak perasan,sebab dorang tag tak info kat blogku ni...hehehe.. itu yang lambat mengupdate apa yang ditag ni (*_^)
p/s:bukan salahku ok...jadi ingin melunaskan apa yang mereka tag...jom...=P

1. nama panjang Nur Zulaikha Binti Fozilan... menjadi kebiasaan kalau temuduga asyik tanya maksud nama nie.. 'nur' mestilah 'cahaya' dan 'zulaikha' pula 'kecantikan....atau pun isteri kepada pembesar mesir atau pengoda nabi yusof'.. (*_^) dan nama abah dekat belakang tu 'fozilan' rasanya takde maksud sebab ikutkan aki,semua anak2 lelaki asal ada 'lan' je..hehhehehe...

2.boleh panggil 'jue' tapi kalau yang tak rapat atau adik2 yang dekat sekolah suka sangat panggil 'eika atau kak eika'.. yelah,ikutkan tak logik panggil jue tapi bak kata mama masa kecik2 dulu mama dah ajar long panggil 'zu' tapi long tu tengok cerita kartun namanya 'jun'..dia pergi panggil gitu..akhirnya melekat 'jue' hilang terus 'jun'. tapi biasalah lidah budak2 takle panggilkan??...sampai sekaranglah melekat nama 'jue' tu...

3.dilahirkan di hospital jerantut pada tarikh 04.06.1990 pada pukul 12:00 tengah malam... mama kata lahir tengah2 malam dan tepat2 pula pukul 12:00 gitu.. macam cinderella pula menangis nak keluar dari perut mama tengah2 malam kan??? (*_^) padahal dongeng tu lain benar dengan zulaikha fozilan...

4.kalau ella obses dengan warna 'purple' jangan terkejutlah zulaikha fozilan boleh ada macam2 warna kegemaran...ikut mood pula tu...apa2 pun warna yang berjaya menambat hati sejak dulu ialah "putih,kelabu,hitam,merah dan pink".

5.sekarang tengah ambil ijazah pendidikan (pengajaran bahasa malaysia sebagai bahasa pertama).. bakal seorang guru tapi cita2 ini ketika belajar di tingkatan6 lah..hehhehe... alhamdulilah sebab berjaya ditempatkan di UPM,Serdang untuk ikuti ijazah ini...

6.suka mengemas rumah dan bilik tidur.. pantang sungguh kalau ada orang datang duduk atas katil..mesti angin sebab nanti cadar kedut....siapa2 yang rapat mesti perasan dengan tabiat yang tak boleh nak bendung ini.. (*_^)

7.bunga??? sejak abah kerja dekat cameron selalu dapat bunga ros dan daisy percuma setiap minggu.. wangi jer rumah ala2 taman bunga.. tapi sejak abah pindah ke lipis, nak dapat bunga amat2lah payah... ap[a2 pun kalau dekat rumah bunga2 yang ada pun sebab zulaikha fozilan yang rajin tanam..hehhee.. sebab time habis tingkatan5+6 mana ada buat apa..tapi takdelah banyak bunga..pokok bunga yang jenis daun jela...obses sungguh..sampai2 balik UPM pun letak juga pasu bunga dalam bilik...segar mata nak pandang tau.....

8.perangai yang tak boleh nak bendung ialah kuat membebel..tapi rasa2 ketika alam persekolahan kot... yela mulut nie geram betul kalau budak2 kelas tak ikut cakap.. lagi2 mangsa2nya pasti budak2 laki.. atau budak2 yang tak reti nak bertugas.. dekat rumah pun gitu juga kadang2.. sebab letih2 menyapu ada je penyemak rumah...mana tak datang angin menbebel...

9.gelaran popular time sekolah 'mama' sebab membebel macam mak2 diorang...hahhahaa... ada ke patut kawan2 kata gitu!! sabar jela... dan gelaran 'datin'.. tah tang mana yang nampakkan zulaikha fozilan gitu.. tapi bukan takat kat sekolah tapi berlanjutan time dekat UPM... pelik2..

10.suka sangat make up tapi tak reti sangat nak makeup... letih belajar dalam youtube.. tapi asyik tak menjadi.. jadinya,pakai pun yang light2 jela lagi2 dekat mata sebab tak berani pakai yang drastik2..lagipun belajar lagikan...

11.peminat tudung bawal... walaupun ada orang cakap zulaikha fozilan ketinggalan..coit betul mulut diorang nie.. bukan tak berminat nak pakai shawl tapi tak dapat seru lagi... pakai2 pun sekali dua je..

12.suka sangat pakai kasut jenis wedges .... memang payahlah nak nampak zulaikha fozilan pakai yang flat atau high heel. kebiasaan warna kasut kegemaran ialah putih dan hitam yang bersaiz 7...(*_^)

13.suka sangat menimbang berat badan dekat pasaraya yang kena letak 20sen tu... atau dekat klinik...

14.makanan pula tak kisah sangat..semua makan.tapi kalau nampak spageti yang buat sendiri memang takleh tahan...adalah 4,5 kali pusingan hentam makan..

15. tempat makanan segara kegemaran sejak azali ialah KFC.. sebab dulu KFClah satu2 tempat makanan segera dekat jerantut...walaupun sekarang dah ada pizzahut+marrybrown..

16.suka sangat budak2 atau baby.. lagi2 tasya dah besar panjang...

17.suka bawa kereta walaupun kereta dirumahku bukan dari jenis mahal2 yang penting mesti MANUAL!!! bila tengok auto...otak jadi blur..hehehe...pelik ark??

18.tak suka naik motor sebab abah kalau tengok perempuan naik motor,lagi2 yang duk belakang tu.mesti abah membebel..alih2 zulaikha fozilan dengan sendiri jadi anti semacam pula nak naik motor..tapi suka sangat tengok orang naik motor....dan walaupun ada lesen motor tetap bawa macam budak baru mabil lesen...hahahhaa

19.pernah jatuh basikal sampai berdarah dagu sebab merajuk abah tak beli jam masa darjah 3..padahal abah acah2 jer...dan pernah kena mercun bola dekat mulut time kusyuk menyapu sampah depan rumah...jatuh saham banyak parut dekat muka nie...ehhehehee..

20.anak ke-2 daripada 6 orang ok!! anak kepada fozilan dan wan abidah..

21.sangat suka bergambar walaupun tak pernah ada kamera nikon .... takat bergambar pakai handphone tersayang pun jadi ek...

22.suka menabung sebab ada target untuk duit simpanan tu. kalau nak shoping mesti pastikan shoping dengan abah sebab tak payah keluarkan duit sendiri..(*_^)

23.suka pakai contact lens yang berwarna sebab nak tunggu pakai sepek alamat makin rabunlah zulaikha fozilan... amat2 jarang pakai tau... kalau pakai sepek pun, mesti malam atau nak bersiap cepat....

24.suka merahsiakan hubungan dan suka sangat bergaduh dengan dia+buat perangai asalkan bergaduh sebab apa2 perkara pastinya tak akan dirahsiakan...sebab itu cepat kantoi...sebab zulaikha fozilan tak reti nak berahsia dengan dia....hehehe..

25. saya sudah berpunya dan serius dalam hubungan...orangnya ialah mohd ridhuan aka due.. seorang yang penyabar dengan kerenah yang tak sudah2 dari zulaikha fozilan...

mangsa-mangsa tag oleh saya:
1.syakila (siap)
2.ella (siap)
3.jia (siap)
10.K.I

Labels:


madahku dipuji (*_^)
Wednesday, December 15, 2010 • 12/15/2010 11:59:00 AM • 0 comments
disebab terikut2 perangai ain taham yang suka copy2 madah2 cinta+sedih dekat blog atau mana2 website zulaikha fozilan ni pun terikut2. kadang2 tak faham pun post je dekat facebook tu.. tapi tiba2 suatu saat hatiku bermadah tentang apa yang ku alami.. cuba tengok...zoom dekat2 apa zulaikha fozilan cakap... ngee~~

hari berlalu tidak diingatnya,
perangai dibuat saja menduga,
jari ditambah pula mulutmu mencerca,
sakitnya hati dibawakan jua.. (.")
p/s:bermadah akhirnya

kata2 terkeluar setelah apa yang zulaikha fozilan alami... saja menduga seseorang.. akhirnya kata2 pahit yang dilemparkan... macam novel pula.. (dah banyak novel zulaikha fozilan ni katam tau!!!) apa2 pun nak cakap dekat sini yang teruja bila kata2 zulaikha fozilan yang terkeluar dipuji oleh akak angkatku yang teringin tengok madah dariku...ditambah pujian daripada guruku.. padahal kata2 ni biasa je...tapi lantaklah... hanya zulaikha fozilan yang dapat menilainya...(*_^)

bisik-bisik:
entry pasal kahwin tu nanti2lah ye...mood tak ada untuk bercerita panjang lebar...baik layan novel.... (*_^)

Labels: ,



PAST
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • Sekitar Majlis Pertunangan Jue dan Due 14.06.14 da...
  • sekitar praktikalku di SMKPP9(1)
  • hari raya aidilfitri 2o13
  • Undi pertamaku...
  • Cerpen Pertama iaitu DAMBAAN LENSA CINTA
  • keluarga baru
  • lama tak update!
  • pengumuman cuti berakhir!
  • sebuah cerita di Hari Raya 2012
  • cuti vs kerja

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome