A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
kempen susu ibu lagi
Monday, April 9, 2012 • 4/09/2012 08:44:00 PM • 2 comments
Assalamualaikum W.B.T
sudah 4 hari cik Tuan blog berkampung dekat Jerantut ni... nama pun kampung halaman... ha ha ha! aman dan damai... tenang lagi katanya! sumpah... memang malas2 nak balik KOLEJ bila filir macam budak2....tapi mana boleh tak balikkan?... wajiblah balik... macam2 nak buat lagi... sabar jela wahai mak cik jiwa dan pak cik raga...

ops.. mukadimah mesti nak panjang berjela2... motif rajin malam2 ni pun sebab nak update cerita pasal semalam. cik tuan blog terlebih rajin mengikut mama buat kempen penyusuan susu ibu... ha ha ha! banyak kali kot join... ni dah masuk kali ke-3... dulu dekat bangi... lepas tu dekat klinik... kemudian baru2 ni dekat TUNAS MANJA... sumpah menyeronokkan... ramai kot jumpa baby yang comel2 (itu yang penting) ... ok2... tak ada pun nak cerita, jadi tengok jela 3,4 keping gambar ni sebagai bukti... hu hu hu!

comel tak baby ni? sumpah memang comel... tiap kali ada baby yang datang... memang merajinkan diri dukung sementara mak2nya 'berborak'... he he he!

baby ni pun comel? ye ke? he he he! (tertipu)
ops... ni model patung bayi baru untuk kempen susu ibu... memang geram nak bawa balik... jeng2 jeng...

jom baca pamplet

kusyuk dengan tasya membaca... kadang2 muka dia blur... sekejap tergelak2... faham2 jela apa ada dalam pamplet ni... he he he...

ok2... itu jela nak cerita... nak lebih2 memang tak berapa nak rajin... ha ha ha! apa2 pun melalui kempen ni, cik tuan blog rasa nanti kalau kahwin, memang nak menyusukan bayinya selama 2 tahun... gigih join... takkan tak nak sokong... bayi untung... kita pun untung juga...

bisik-bisik:
tak sabar nak tunggu rabu ni... nak buat makanan kegemaranku... spageti dan tat nenas... yum2... yum...

Labels: ,


majlis "SECANGKIR MEMORI LAMBAIAN DESA"
Monday, March 5, 2012 • 3/05/2012 10:02:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T
Kepada sesiapa yang membaca dan tersilap terjah cik Tuan Blog punya sarang cerita... ha ha ha! agak2nyalah tak dan nak bersawang blog ni, dah ada entry baru walaupun agak lama menyepi... al-maklumlah masuk semester yang ke-4, 2 minggu lepas memang sibuk memanjang siang malam... sampai ada yang tak reti2 bahasa untuk memahami keadaan cik Tuan blog... mana taknya... 8 hari sebelum malam DINNER kelab PBMP kami, dapat tahu kena buat persembahan tarian... alih2 kena join... gigihlah berlatih... tapi dan 4 kali je latihan... buat tarian inang... nasib fatina pandai nari, jenuh juga dia ajar kami berempat yang memang macam kayu ni... ok2, teruskan dengan gambar, baru faham... karang membebel pun, bukan dibacanya! hu hu hu!

nak tahu tema ke? tempat ke?... baca dan tengok jela gambar yang kat atas ni... ha ha ha! semuanya tertulis...

ok our team menari yang bajunya dipinjam dengan koko butik... rm50 sepasang... nasib kelas bagi sponsor... dan nasib step2 yang fatina ajar senang je walaupun payah untuk diikut sebab lambat pickup! ha ha ha!

bersama2 3 sahabatku dan rakan2 menari...

terima kasih kepada fatan untuk gambar ni...love it! dan fatina untuk solekan cik Tuan Blog...

meroyan dalam lif sebelum balik... tapi ain taham yang konker gambar ni... ha ha ha!

kesimpulannya, majlis malam tu memang gempak habis... persembahan pun best2... makanan? tak payah cakaplah... sebab memang lazat... siap ada untuk tapau balik dalam goodies beg... gambar lain? tak ada ke? kot 5 keping je? ops... memang cik Tuan blog ni suka letak gambar2 yang ada kaitan dengan mukanya sahaja... harap maklum ye... lagi pun tak berapa rajin nak letak banyak2... bukan orang nak tengok pun... cukuplah sekadar tatapan diri sendiri...

bisik-bisik:
sekarang cik Tuan blog nak praktis menari hari2... 2 minggu nari yang 4 kali tu, hilang 2 kg berat... memang memenatkan, tapi hasilnya memuaskan... untuk pengetahuan orang yang nak tahu jela, cik Tuan Blog akan menari lagi untuk MTSR " Hikayat Selangor" untuk subjek kesusasteraan Melayu... tapi tak pasti antara tarian india atau jawa... ok, saya memang sibuk semester ni... harap ORANG2 yang tak reti nak faham kesibukan saya dan bebudak PBMP itu FAHAM! jangan nak hukum dan bising tak bertempat! titik!

Labels: ,


Motivasi PRA U bersama ALUMNI PRA U SMKPS
Wednesday, February 8, 2012 • 2/08/2012 10:28:00 AM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T...
Aduhai cik Tuan Blog, matahari tengah terpacak tapi duduk mengupdate blog... ha ha ha! al-maklumlah kain2 duk tengah berputar dalam mesin... jadi ambil kesempatan sekejaplah... setelah gigih download gambar2 semalam dari facebook budak2 ni... teruja nak update terus... mesti pelik, program apa pulalah cik Tuan Blog ni buatkan? ha ha ha! okey2... setelah berbincang dengan cikgu Aniza yang kebetulan duduk dekat rumah belakang je, dan dipersetujui oleh 15 orang kawan2 dari batch STPM 2009 akhirnya program berlangsung bagi berkongsi pengalaman belajar di sekolah dan IPT semalam dengan adik2 yang seramai 35 orang je STPM tahun ni...

ok... ok! jom tengok gambar teruslah mudah dan efisien... ha ha ha!

bertemu kembali setelah menjejakkan kaki ke IPT... siap adalah seorang tu beli baju baru gara2 nak datang program... motif? memang tak dikenalpastilah! (takut orang perasan pakai baju berulang2 kot... eish2!) Cik Tuan Blog pakai je walaupun dah pakai berkali2 ... ha ha ha! ops... dah2 teruskan pada cerita asal.

ayahanda Pengetua berucap sebelum program diteruskan lagi... pengetua baru ni... banyak perubahan dekat sekolah... lebih2 lagi yang positiflah... budak2 kena pakai tudung labuh, baju sukan muslimah... tu melalui pemerhatian dekat sekolah semalam... apa2 pun cik Tuan Blog sokong ayahanda pengetua buat ni... untuk kebaikan akan datang juga... alhamdulilah...

ayahanda tengah berucap, tapi cik Tuan blog tengah berdebar2... siap main2 lagi nak hilangkan gementar katanya... ha ha ha... apa taknya... tiba2 cikgu pilih cik Tuan blog jadi orang pertama daripada 3 orang bagi motivasi dekat adik2...

ha ha ha! entah apa yang dibebelkan cik Tuan blog tak ingat... tahu2 tadi punya gementar, tapi bila dapat mikrofon lebih masa pula... ingat lama sangat 20 minit... rupanya sekejap je kalau duk merepek je... entahlah apa cik Tuan blog cakap tu da manfaat ke tak... ha ha ha!

kemudian farhana pula, budak USM...

yang terakhir Rohaidzad... UPSI...


adik2 tingkatan 6 dalam 35... batch 2009 dalam 15 orang dan batch 2010 dalam 8 orang, cikgu2 tingkatang 6 yang hadir adalah dalam 10 orang...




sesi kedua berakhir... berbincang dalam kumpulan... kemudian apa lagi, bergambarlah... Cik Tuan Blogkan pantang jumpa kamera ni...


terima kasih untuk program hari semalam... kenangan yang tak akan dilupakan di sekolah tersayang SEK MEN KEB Padang Saujana...

Terima kasih kawan2 yang datang dan terima kasih cikgu2 yang alu2kan kedatangan kami

bisik-bisik:
mesin tengah bunyi tit...tit...tit...tit! ops, menandakan kain yang ke2 kali basuh hari ni siap... ha ha ha! ok, nak pergi menjemur... nasiblah cuaca panas je... cepat je kain kering di jemuran... lain kali pula update cerita kalau adalah! ha ha ha! tegah berdebar tunggu keputusan periksa semester 3 jumaat ni... harap2 terbaik...

Labels: ,


kenduri 22.1.2012
Sunday, January 22, 2012 • 1/22/2012 09:16:00 PM • 2 comments
assalamualaikum W.B.T

SEMUA sihat?
BAGAIMANA cuti? ada siapa2 rasa cuti paling membosankan ke? he he he!
TENGOK movie KOREA? baca NOVEL? siapa yang tak habis2 duduk mengadap semua benda tu cuti2 macam ni? ha ha ha! YES... i am!

bila cik TUAN blog membebel! Ha ha ha! SUKA nak mampus dengan gambar yang candid habis ni... ha ha ha!
....
....
ok... ok...
sekarang bukan nak membebel ke nak mengamuk bagai ke walaupun hati tak berapa nak tenteram yang bagai nak dilanda tsunami! cish... ayat dramatik nak mampus! ok sekarang Tuan BLOG nak cerita pasal kenduri yang berlangsung di rumah maksu sempena naik rumah baru dan majlis cukur jambul Insyirah yang baru 20 hari... apa2, tengok gambar macam selalu jela ok! bukan banyak sangat gambar... ha ha ha!

maksu yang hujung sekali dan mama tepi CIK tuan BLOG yang serba merah SEMPENA hari raya... ha ha ha!


menu walaupun agak simple tapi ya Allah, memang meleleh air liur tengok makanan2 kampung ni! Tuan blog siap makan 2 kali, selang 2 jam makan! terliur... yum2... yum...


dengan si kecil yang comel... Nur Insyirah Saffiyah... setelah 3 lelaki, akhirnya dapat juga bunga sekuntum... comel! comel!

bisik-bisik:
nak beritahu cik Tuan Blog muka tak dan nak tepek apa2, bangun2 tidur terus bersiap pergi tolong... lagipun sejak balik bercuti ni, memang tak rajin nak makeup bagai... tapi tetap rindu nak makeup, berfesyen ... muka sememeh je sekarang... hidup tanpa makeup macam tak boleh hidup gayanya! eish... zulaikha! zulaikha!... (sambil geleng kepala) ha ha ha!

Labels: ,


majlis bertunang Jia Shamsuri
Tuesday, December 27, 2011 • 12/27/2011 08:34:00 PM • 0 comments
assalamualaikum semua...
mesti tengok blog nie tengah tunggang terbalik gara2 kena renovatekan... tapi itu bukan isunya sebab nak cerita benda lain...
ok! budak2 lain duduk tekun mengulangkaji peperiksaan, tapi Cik Tuan Blog balik cuti mengulangkaji nie banyak pula agenda tersirat dan tersurat. alih2 bayang2 buku pun tak nampak. khusyuk bersuka ria katakan... dan berlangsunglah majlis kawanku bertunang yang konon2 cakap dia lambat lagi... motifnya janganlah cakap kita dapat jodoh lambat, sebab tahu2 je ada je orang masuk meminang... ha ha ha! dan akhirnya terikat dengan 1 ikatan pertunangan... jeng2.... jeng2... lompat siap jatuh longkanglah kalau ada orang masuk meminang Tuan Blog... OK! abaikan penyataan merepek tu, jom zoom gambar2 yang tak berapa nak rajin nak letak...

sudah semestinya kawan2 karibku yang 2 orang ni wajib hadir... dilah dan ella. like sangat2 gambar nie...

jia dengan tunangnya anuar... amboi2 kalah tema orang kahwin budak seorang nie... apa2 pun cantik sangat... bertunang dalam setahun lebih... harap cepat2lah, tak sabar nak tengok bersanding... jeng2... saya maksudkan nie tahu! ha ha ha!

selesai je majlis masa untuk sesi bergambar... gambarnya punya banyak, tapi 3 keping jela letak. karang tak pasal2 bosan tengok muka Tuan Blog lak... he he he! sebahagian je kawan2 sekolah menengah datang. ramai yang tak dapat datang gara2 tak bercuti dan hampir dengan peperiksaan akhir...

ok! done! amat2 malas nak post entry tapi letak juga... dan harap pertunangan Jia kekal sampai ke jinjang pelamin... amin...

bisik-bisik:
tengah gigih suruh syakila aka adikku yang nak PLKN renovate Blog ni gara2 dia amat2 rajin... ha ha ha! (padahal puas pujuk) ok esok balik UPM dan mulakan ulangkaji... harap2 peperiksaan senang kali ini dan dapat keputusan yang cemerlang... amin!

Labels: , ,


Majlis Gemilang AKADEMIK 2010/2011
Tuesday, December 6, 2011 • 12/06/2011 09:52:00 PM • 0 comments
assalamualaikum semua...
sejak akhir2 ini, memang tak boleh nak mengelak dari berceloteh di blog kesayanganku... nasiblah uspot UPM memang sedia maklum lembab untuk buka akaun Facebook menggunakan notebook kesayanganku sehingga tadi deaktif semula bila 20 minit aktif... jeng2...jeng... memang bosan... tapi blog juga setia... tak mahu bagi bersawang macam sebelum2 ini... hehhee...
....
...
beralih pula kenapa tiba2 rajin malam2 nak update post yang ceritanya agak basi sebab berlakunya semalam tahu, tapi sebab nak cerita mengenai Majlis Anugerah Gemilang, Kosass yang berlangsung semalam gagahkan jugalah... malas nak ulas2 panjang2... tengok gambar cukuplah... al-maklumlah sebenar nak update sebab nak tepek gambar banyak2 je... hehhee...
......
....
..
zoom...
zoom.....
zoom lagi dekat....

mestilah cik tuan blog terlibat jadi penerima... kalau tak, tak adanya nak beria2 ulas panjang2 kali lebar2, siap tepek gambar banyak bagaikan... hehehe... bergambar bersama2 dengan cik ain taham tengah dan cik mira yang tiba2 tersama selendangnya denganku... nak jadi kembar kononnya... tapi baju memanglah sama, gara2 pakai baju kurung blog yang berkain cotton tapi keras sampai renyuk2 macam tak bergosok... bukan malas tahu... hehehe...
ops lupa, angry bird yang beli 3, rm10 dekat Jom Heboh... bukan jadi bekas pensil... alih2 jadi tempat letak kunci dan telefon...

majlis tengah bermula dengan ucapan Pengetua baru KOSASS, Lt. Kolonel Othman b. Jailani... Pertama kali berucap katakan, sampai ambil masa lama juga, tapi nasib Tuan Pengetua beri ucapan tak membosankan... seronok sebab Tuan Pengetua baru dari Fakulti Pendidikan dari bidang Kaunseling...

Gimik majlis... malas nak ulas lanjut....

cik ain taham nak tiru aksi pose comel cik Tuan BLOG ... hello... mestilah muka cik TUAN blog yang comel kan?... hahhaa.. motif? memang tak dikenalpastilah!!! kena puji berguni2 diri sendiri... kalau tak siapa lagi nak puji... hehehe...

aksi comel cik Tuan BLOG lagi tapi ada je cik WANI mengacau di hujung tu... hehhee...

habis pun majlis dengan segulung sijil di tangan... ok!!! masa untuk bergambar... senyum!!! jeng2... jeng... 11 orang pelajar PBMP semester 3 di KOSASS semua dapat anugerah... amin... apa2 tahniah kepada cik wani dan cik aina dapat anugerah Pengetua... kami dapat anugerah FELO je... aduh.. pointer dah hampir nak 3.75, tapi nasib tak menyebelahi... apa2 pun kena usaha berganda untuk kekalkan CGPA semester ini... dan merangkul anugerah Pengetua... amin...

bisik-bisik:
tiba2 teringin nak makan bubur asyuralah pula... hehhe... minta2 balik rumah nanti ada... ok, mood kembali fokus untuk membuat kerja...

Labels: ,


JOM Heboh katanya...
Monday, December 5, 2011 • 12/05/2011 05:12:00 PM • 0 comments
assalamualaikum.... akhirnya dapat juga gambar yang 2 hari lepas yang terperap untuk di post... hehehe.. siapku edit2+tacap2 ala2 DSLR katanya... sudah2, mari terus tengok gambar secara dekat dan bercerita secara pendek2... al-maklumlah kemalasan melanda diriku...
jom2.. zoom.... jeng2...
....
...
..

mula2 datang berdua dengan wani.. alih2 masa tunggu bas jumpa geng2 PBMP... dari 2 orang, jadi 11 orang... hehehe... apa lagi, sementara tunggu bas komuter bergambarlah jawabnya...

gila kamera...

tengok... kan betul... apa2 pun mesti zulaikha fozilan aka tuan blog tidak ketinggalan... hehehe...

tunggu komuter untuk ke BTS.. adeh, lambat sungguh... 30 minit menunggu siap terlepas gara2 penuh sangat orang... tapi bergambar tidak dilepaskan.. jeng2 jeng...

sampai... tapi berpecah dengan budak2 ni.. tinggal zulaikha fozilan dan wani sahaja.. apa lagi.. menjelajah dengan payung kesayanganlah... hehehe...

tengok... tak lekang dengan payung...

gambar jun (roomate ain taham), sue dan kak dila kawan 1 blok... alih2 jumpa dia orang dah atas pentas... amboi, ambil kesempatan betul... siap kumpul hadiah bila pergi tiap booth... hehehe...

hoorey!!! jumpa booth boboiboy... teruja gila bila sampai dekat sini...

jumpa ezany.. tapi ambil gambar jauh jela.. bukan peminat fanatik pun... hehehee... padahal bila suruh wani ambil, siap cakap nanti terketar2 bila ambil.. adeh wani ni.. minat tapi boleh pula terketar2... kalau tak dapat bergambar.. nasib ezany hensem...


habis tawaf 2 pusingan , lapar kononnya... terus pergi makan dengan wani... tapi kongsi jela... dalam tempoh diet lagi... 50kg.. ingat tau!!! huhuhu

bila balik, jumpa semula... hehehe... habis budak2 borong jajan rm10... amboi2... buat kendurilah nampaknya...
hehe... nampak tak beg plastik tu... cik tuan blog beli 3 bekas pensil angry bird jela... tak ada benda nak diborongnya... huhuhu....

kesimpulannya, dari pukul 9.00 pagi dari kolej, sampai pukul 3.00 petang baru sampai kolej semula... bukan lama sebenarnya sebabnya yang lama sebab duduk menunggu bas, komuter dan LRT... adehh... memang penat tak usah ceritalah.. memang penat sangat2...

bisik-bisik:
semalam (ahad) tiba2 badan kena gatal2 siap berbintik2... entah kenapa... tapi tadi baru pergi PKU... harap2 cepat pulih... mood nak balik rumah jumaat lepas kelas Pak Omar sampai isnin nie... hoorey!!! JERANTUT saya datang.. tunggu tahu!!!

Labels: ,


movie maker INFLAKASTA ...
Friday, December 2, 2011 • 12/02/2011 02:25:00 PM • 0 comments
selamat petang semua....
hehehe... setelah memerah keringat cik ain taham semalam, akhirnya siap juga.... dan hasilnya cukup menarik... jangan tak tengok...=. tengok ok!!!


saksikan gambar sekitar pementasan dan ketika pementasan... kalau rasa internet macam siput, cepat pause dan tunggu supaya tak sakit hati tengok ok!!! selamat menonton...

bisik-bisik:
minggu yang membosankan... cik ain taham balik melaka ada kenduri, jadi lagilah duduk terperuk dalam bilik... tapi ada kawan yang ajak tengok Ombak Rindu, tapi kena tunggu ain... jadi rasanya nantilah tengok... baru syok... dan ada yang ajak pergi kedai buku dan Jom HEBOH... ehheehhe.. tapi tengoklah dulu kalau mood esok bosan ke tak!!! hehehe... rasanya antara pilihan ini mesti ada juga yang zulaikha fozilan pilih kalau orang yang ditunggu tak ajak kemana-mana... nak harap mengajak alamat sampai kesudah tak berajak... hehhee... ok nak tidur sampai asar... jangan dengki... zzzzz..

Labels: ,


selamat hari jadi untuk insan 1.12.2011..
Thursday, December 1, 2011 • 12/01/2011 10:33:00 PM • 0 comments
assalamualaikum... mengantuk2 pun cik tuan blog rajin2kan diri mengupdate blog gara2 makan malam bihun pattaya... nak tunggu makanan hadam katakan... tapi motifnya di sini sebab nak tepek gambar hari jadi budak kelas iaitu cahaya jannah katanya... hehhe.. selamat hari jadi dan selamat hari tua.. inilah padahnya over rajin mengupdate blog tak sudah2...

sambutan hari jadi dekat kelas linguistik, tapi tuan blog yang over macam jadi tuan yang sambut hari lahir.. hhheehe... yang pakai baju biru tudung hitam tu yang sambut hari lahirnya yang ke-22...

ok2... apa2 pun seronok sangat... tapi sebagai tuan blog aka KAWAN baik ella si purple, zulaikha fozilan pun nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-21..tak lupa kawan sejak sekolah rendah sampai sekarang... ops, tulis2 lupa nak ucap selamat hari tua untuk intan hazirah kawanku sampai bila2 yang sambut hari lahir semalam... sayang kamu tahu...

suka sangat ella pakai warna kuning sebab bosan tengok pakai warna ungu tak sudah2...

gambar intan yang cun ala2 gadis melayu terakhirkan? motif? hehehe

kepada kawan2ku ella dan intan, maaf ye... gambar pun curi dari pakcik google jadi harap maklumlah... apa2 pun selamat hari jadi.. tak dapat sambut dengan kamu...

bisik-bisik:
tengah tunggu ain taham aka kawanku yang terlebih rajin ikut cakap tuan blog yang sengal, buat movie maker untuk INFLAKASTA... tunggu....

Labels: ,



PAST
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • Sekitar Majlis Pertunangan Jue dan Due 14.06.14 da...
  • sekitar praktikalku di SMKPP9(1)
  • hari raya aidilfitri 2o13
  • Undi pertamaku...
  • Cerpen Pertama iaitu DAMBAAN LENSA CINTA
  • keluarga baru
  • lama tak update!
  • pengumuman cuti berakhir!
  • sebuah cerita di Hari Raya 2012
  • cuti vs kerja

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome