A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
Sekitar Majlis Pertunangan Jue dan Due 14.06.14 dan rahsia disebalik tarikh kami
Tuesday, June 17, 2014 • 6/17/2014 05:05:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.b.t

seperti yang dijanjikan,

cik Tuan Blog dah tamat belajar dan tunggu konvo serta posting yang entah bila,
jadi..
cik Tuan Blog akan cuba rajin-rajin update blog yang bersawang tapi akan divakuum bagi licin.

cerita? pengalaman? cinta? keluarga? kerjaya??

mesti semua akanku rangkum semuanya...

cerita kali ini. semuanya mengenai cinta cik Tuan Blog
...
....
......
....
...

hampir setahun setelah merisik,
 akhirnya tarikh 14.06.14 dijadikan sebagai tarikh mengikat tali pertunangan kami berdua. 

Majlis yang serba ringkas diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan orang terdekat. 

majlis telah berjalan dengan jayanya walaupun ketibaan pihak lelaki agak sedikit lewat.

Majlis pertunangan dapat berjalan sekitar jam 1.00 pm.

majlis yang serba cepat perbincangannya dan terus dipersetujui semua.

alhamdulilah tarikh telah ditetapkan.

NIKAH : 14.11.14
MAJLIS KENDURI : 15.11.14

percayalah seribu satu rahsia dengan angka 1 dan 4 ini. dari mula kami berkenalan sehingga saat ini. 

diharap tatapan gambar-gambar dibawah anda sukai.

selamat menjenguk... =P

 jambangan bunga yang dibuat khas oleh mak cik milah.

 hantaran yang dibuat olehku melainkan sirih junjung yang diilhamkan oleh mak cik milah.
7 hantaran dibalas 5 hantaran

 jiran tertangga tengah gigih membakar ayam bakar. 

 menu yang menjadi rebutan. 
kambing bakar.

 panas-panas pekena ABC memang terbaik.
jualan laku habis sehingga majlis selesai.

 maksu, mak nik dan sepupuku piqah.

 sesi bergambar sakan dalam bilik.
zalilah, ella, dila, adik kepada zalilah, nida, tiqah dan si penyibuk kila...

 kawan-kawan kila yang banyak membantu... senyum memanjang.
...
....
.....
....
jadi tibalah sesi rombongan lelaki sampai... 




sesi perbincangan bermula...



sesi sarung cincin pula.




 muka cik Tuan Blog teruja ke apa tu? ha ha ha!

gambar-gambar setelah majlis selesai...


 cik Tunang fokus betul dekat kamera... senyum... =P



 muka bahagia setelah bergelar tunangan...
tunang je kot! bukan nikah...
ambil jarak dulu... =)


 cik Tuan Blog tak nangis ok! cover peluh dekat hidung je.


 bersama adik-adik dan kakak-kakak encik Tunang..
8/12 orang

 nak balik konon-konon dapat bunga..
padahal cik Tuan Blog yang bagi bunga dekat encik Tunang...

 abah dan abah cik Tunang..
senyuman bahagia nampak?
harap begitu... =)

 mak cik milah teruja nak bergambar... rupanya saudara jauh dia... 

 rombongan dah balik, bolehlah menyelit bergambar...

 bersama dengan suku daripada sepupuku dan kakak iparku.
....
mereka memang pantang bergambar...
kalau tak delete mahu penuh gambar mereka je...=P


 bersama-sama dengan mak-mak saudaraku.
alia dan arissa menyibuk jap.

 bersama dengan mama dan abah.

 bersama mak-mak saudara aka sepupu-sepupu abah...

 dengan alia...


 budak-budak gigih makan buah hantaran.

 posing yang paling cantik dengan bunga tangan yang didatangkan khas dari Putrajaya.. 
walaupun banyak bunga tangan, semua harus digunakan dengan sebaiknya.

kek hantaran sempat lagi cik Tuan Blog buat hari lahir yang tak disambut 4.06.14.. potong kek dapat juga walaupun tak ada lagu-lagu...

....
.....
...
SEGALANYA BERMULA DISINI
kebetulan atau takdir ilahi...

cik tuan Blog
berumur 24
hari lahir tahun ini 4.06.14
bertunang pada 14.06.14
tarikh bercinta 1.4.07
 kesimpulannya:
bersamaan tarikh kesemuanya, cik Tuan Blog bersepakat dengan encik Tunang pilih
14.11.14 tarikh nikah iaitu bersamaan 7 tahun 7 bulan 14 hari kami.

segalanya berkaitan nombor cinta kami.

semoga Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat.

Doakan kami ye...

sebelum itu...
Cik Tuan Blog sajikan gambar versi video... kalau tengok taklah bosan sangat...


MAJLIS TAMAT...

Terima Kasih Semua...
terutamanya mama dan abah...
long dan kak suraya...
syakila dan ilyas...
tasya..

kerana banyak membantu.

semua ahli keluarga, sanak saudara, jiran tertangga, rakan-rakan...

Terima Kasih juga
kepada encik Tunang Ridhuan Sahri dan Keluarga.



sekitar praktikalku di SMKPP9(1)
Tuesday, May 6, 2014 • 5/06/2014 09:37:00 PM • 0 comments
ASSALAMUALAIKUM...
sekian lamanya tidak update blogku yang bersawang ini siap berabuk tepu lagi, akhirnya hari ini mempunyai kesempatan untuk update juga... 
tapi sila tengok gambar jela sepanjang diriku di sekolah ini. tinggal baki 2 minggu lebih lagi di sekolah ini... pelbagai aktiviti dan pengalaman yang diriku perolehi..

...
jom layan gambar-gambar yang tak berapa nak susun kedudukannya ini...
...
...
jeng... jeng... jeng...














sudah selesai tengok? harap terhibur... malas nak caption setiap gambar... hahaha! sekian terima kasih kerana sudi singgah menjenguk kepala dan membulatkan mata yang sedia bulat itu...
...
.....
.......
bisik-bisik: nantikan post-post terbaru dariku... wasalam...


PAST
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • Sekitar Majlis Pertunangan Jue dan Due 14.06.14 da...
  • sekitar praktikalku di SMKPP9(1)
  • hari raya aidilfitri 2o13
  • Undi pertamaku...
  • Cerpen Pertama iaitu DAMBAAN LENSA CINTA
  • keluarga baru
  • lama tak update!
  • pengumuman cuti berakhir!
  • sebuah cerita di Hari Raya 2012
  • cuti vs kerja

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome