A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
SEKADAR ILUSI (sajak ke-2)
Monday, January 17, 2011 • 1/17/2011 04:07:00 PM • 4 comments

SEKADAR ILUSI

Madah sering berbunga-bunga

Untaian bait-bait puisi mula bergema

Kedengaran siulan membangkitkan seribu rasa

Tapi kenapa aku tidak mampu menikmatinya lagi

Sungguh waktu itu tidak dapat aku putar kembali

Rupa-rupanya itu sekadar ilusi yang datang dan pergi.


Tatkala itu hadir seorang putera persis dari kayangan

Menyapa dan mengamit seribu persoalan

Adakah dia yang kutunggu telah tiba

Bayangan itu sentiasa menghantui segenap mimpi

Takdir tidak kupercayai kerana diriku selalu berilusi

Tapi benar rupanya akalku ini cuma berilusi sesuatu yang belum pasti.


Indah bahtera hanya imaginasiku

Mengharapkan sang putera datang menjemputku

Minda aku diasak seribu pertanyaan

Adakah dia jodoh yang dikurniakan dari Yang Maha Esa untuk aku

Kenapa harus dia lari ketika aku telah berjaya menghampirinya

Sungguh pedih hatiku apabila mengenangkan semua itu

Mungkinkah ini sekadar sebuah ilusi yang tiada penghujung yang pasti.

ZULAIKHA FOZILAN (Jerantut,Pahang)

bisik-bisik:

berjaya akhirnya menyiapkan sajak ke-2 yang bakal dibukukan oleh tn.hj.naffi dan sajak ini antara 100 sajak dalam kalangan 50 pelajar PBMP...... tapi sajak2 ini ada nilai komersil ke??? apa2 pun tahniah kepada zulaikha fozilan kerana telah menghasilkan 2 karya jauh dari sudut hati... (*_^)

Labels:



PASTFUTURE
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • HANYA ITU (sajak pertama)
  • bila zulaikha fozilan bershawl..(*_^)
  • pemain muzik??? mampukah zulaikha fozilan
  • minggu pertama semester 2 (*_^)
  • BIASISWA KPM
  • 31.12.2010 semua nak cerita pendek2
  • 25 perkara mengenai zulaikha fozilan
  • majlis akad nikah+kenduri *kak long lin+abg yun*
  • madahku dipuji (*_^)
  • keluar bandar dengan mereka (*_^)

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome