A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
HANYA ITU (sajak pertama)
Sunday, January 16, 2011 • 1/16/2011 11:17:00 PM • 0 comments

HANYA ITU

Malu untuk diakui siapa dirimu

Datang sentiasa tidak kupinta

Tapi bila dikenang kembali peristiwa itu

Hati dicarik seribu sebal mendatang

Pasrah tentang perangai yang tak pernah dewasa

Saja menduga dengan pelbagai cara.

Wahai hati seorang lelaki

Kenapa sukar untuk memahami apa yang kukehendaki

Bukan kemewahan tapi perhatianmu

Ingatlah diriku bukan mahukan apa yang kau fikirkan

Cuma cukup sekadar kasih sayang

Hanya itu yang kukehendaki.

Perangai dibuat memang benar belaka

Apabila menanti sesuatu yang tak pernah pasti

Jari pula ketika itu kirimkan sebaris ayat ringkas pemusnah

Mulut mencerca tapi hati teguh dan masih sama

Perlukah kau fahami apa yang kurasa

Kerana aku sekadar mahukan perhatian tulus darimu.

ZULAIKHA FOZILAN (Jerantut,Pahang)

bisik-bisik:

ilham datang tiba2.. tapi hanya ini yang terkeluar.. best ke?? boleh diterima untuk dibukukan ke??

Labels:



PASTFUTURE
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • bila zulaikha fozilan bershawl..(*_^)
  • pemain muzik??? mampukah zulaikha fozilan
  • minggu pertama semester 2 (*_^)
  • BIASISWA KPM
  • 31.12.2010 semua nak cerita pendek2
  • 25 perkara mengenai zulaikha fozilan
  • majlis akad nikah+kenduri *kak long lin+abg yun*
  • madahku dipuji (*_^)
  • keluar bandar dengan mereka (*_^)
  • MAHA 2010 bersamaku (*_^)

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome