A Lady :).
About Affiliates Entry Facebook
kenangan Tarikh 4 jun 2012
Wednesday, June 6, 2012 • 6/06/2012 02:13:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum W.B.T
Sebelum memulakan cerita tuan blog rasa nak membebel sekejap kepada diri sendiri... he he he! Ya ALLAH! tak lama lagi kot nak peperiksaan akhir... rabu depan bersamaan 13 jun 2012... tapi duk rumah ni al-maklumlah memang mengulangkaji entah kemana... baru 1 subjek siap, tu pun jenuh nak habiskan bacaan, siap tertidur2 bagai... hari ni bajet nak buat nota2... tapi boleh pulak bajet waktu pukul3, alang2 online sekejap sambil update blog yang sepatutnya dah lama update... cerita dah basi baru nak cerita...he he he...OH ! oh! SILA rajin wahai cik Tuan Blog aka diri sendiri!  cewah! he he he! (Ketawa perli sekejap)

ok... membebel memang tak pernah nak habis, jom teruskan dengan perkara yang nak diceritakan... OPS, tajuk macam gempak... sebab tarikh tu memang istimewa dalam hidup Cik Tuan Blog. tapi bagi tahun ini, tarikh tu bagi 3,4 macam cerita... jadi dah bersedia dengan cerita2nya? 

1. cik Tuan Blog menghadiri majlis kahwin kawan semasa tingkatan 6. cik yaya... he he he! dah jadi isteri orang pun dia walaupun masih belajar di USM... alhamdulilah, rezeki dan jodoh kan... TAHNIAH cik yaya.
tapi disebabkan majlisnya hari isnin, maka kawan2 sekolah kebanyakkan tak dapat datang, yang datang pun adalah beberapa orang. Tapi semuanya dah cukup meriah bagi meraikan pengantin baru.

senyuman manis CIK tuan Blog ... yeke? he he he! jom gerak ke rumah pengantin !

 ambil berkat dalam bilik pengantin... terasa macam nak kahwin pula... he he he!

 dengan rakan sekelas... zalilah dan nana... sebenar excited dengan bunga tu... tu tak habis2 bergambar, berposing sakan... he he he!

 ambil feel atas pelamin pula... senyum! senyum!

 tengok senyum sampai tergelak2 sudah!

 bersama2 dengan pengantin sebelum pulang.
SELAMAT PENGANTIN BARU Puan YAYA dan Encik Suami YAYA...

sebenarnya banyak sangat gambar2nya... tapi ni jela yang sempat untuk diupload... jadilah kan! banyak2 karang bosan pula.. yela gambar Cik Tuan Blog je... he he he! ok, cerita kedua.

2. cik Tuan Blog birthday lol ! selamat hari jadi... he he he! 4 jun 2012 bersamaan umur cik Tuan blog yang genap 22 Tahun... agak2 dah boleh kahwin tak? he he he!

hanya 1 slice kek je untuk cik Tuan Blog. itu pun jenuh nak perabis... biasalah bukan ada siapa2 dekat rumah... kami berlima share 1 slice ni pun jenuh nak perabis... lagi pun kek cepat muak... itulah pasal... he he he...abah punya bajet nak 1 biji kek... uh, tidaklah... 1 slice pun dah terlebih cukup. apa2 terima kasih mama abah sebab bagi Kek ni...

apa2 pun Selamat Hari Jadi cik Tuan Blog yang ke-22 tahun...

3. tak ada bukti nak tunjuk, tak sempat nak snap! he he he... ingat tak kucingku yang setiap kali cik Tuan Blog balik cuti semester, itulah setiap kali dia nak beranak... ni dah masuk kali ke 4 dia beranak bila cik Tuan blog cuti... tapi masalahnya timbul....

 
print screen je cerita... malas nak tulis lagi... he he he... tapi semua anak2 kucing dah mati... meroyan je cik Tuan Blog tengok ibu kucing... kesian... cik Tuan Blog boleh ingat ibu kucing tersilap tarikh nak beranak... he he he... yela lahirkan anak2 kucing sebelum tarikhnya, last2 semua mati... nasib2... tapi apa2 pun ini kuasa ALLAH S.W.T... 

ok... takat ni jela ceritanya... mungkin 2,3 minggu cik Tuan Blog tak akan update blog lepas ni... peperiksaan dari 13 jun-21 jun... doakan cik Tuan blog ok! 

bisik-bisik:
menunggu percutian pada 25 jun 2012... nantikan cik Tuan Blog UPDATE cerita ok... tunggu semua... cik Tuan Blog mahu mengulangkaji dulu... Terima kasih sudi membaca...



PASTFUTURE
Hello;
Hi *wave hand*. Namely Zulaikha Fozilan. A girl. A woman. A daughter. A wife to-be. A teacher to-be.
Music peak
Shout !
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ cewah jiwang karat aku-.-
  • CUTI study week BERMULA lagi
  • Pementasan MTSR ke-27 'Hikayat Selangor'
  • 'Hikayat Selangor' Versi Iklan
  • Lawatan Sambil Belajar ala-ala Zaman Sekolahku
  • si lelaki BERAMBUT pendek
  • Poster sudah berubah
  • Poster D'Luv Enterprise
  • survey BBI yang terbaik
  • kempen susu ibu lagi
  • Terima kasih wahai SYAKILA FOZILAN

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome